Showing posts with label Covid-19. Show all posts
Showing posts with label Covid-19. Show all posts

VAKSINASI COVID-19

Pelbagai ranjau telah ku lalui dalam perjuangan mendapatkan vaksinasi Covid-19. Pelbagai usaha telah ku lakukan. Namun takdir telah menetapkan sesuatu yang terbaik untukku. 

Saat mendapat temujanji vaksinasi Covid-19, aku sedang diuji dengan Covid-19. Dengan lemah dan kecewa, membatalkan temujanji tersebut. Moga ada sinarnya nanti. 

Setelah sembuh dari Covid-19, aku meneruskan usaha ku apabila KKM mengumumkan bekas pesakit covid-19 disarankan untuk mendapatkan vaksin bagi kategori 1 & 2. Alhamdulillah segala usaha dan doa ku terjawab. 

Mendapat temujanji vaksinasi Covid-19 di HPUPM. Segalanya berjalan begitu pantas dan lancar. Dos pertama pada 16 Julai 2021. Kesan sampingan yang aku hadapi sakit pada lengan selama 3 hari. Dos kedua pada 6 Ogos 2021. Sedikit terasa semasa dimasukkan jarum dan vaksin. Sakit pada lengan berkurang setelah mengambil paracetamol seperti yang disarankan Dr. Namun, sakit kepala pula selama 3 hari.

Abah juga telah mendapat vaksinasi Covid-19 lebih awal 3 hari dari temujanji vaksin ku. Alhamdulillah.

Moga dengan izin Allah, vaksinasi Covid-19 dapat melindungi diriku dari Covid-19 dan keterukan sekiranya dijangkiti. Juga supaya dapat melindungi orang sekeliling yang ku sayangi dari menjangkiti mereka. InsyaAllah.








EPILOG COVID-19

Covid-19.. tidak terjangkau fikiran ku aku akan dijangkiti olehnya. Tapi memandangkan berada di Selangor, risiko untuk dijangkiti adalah sangat tinggi. Sudah cukup berhati-hati dan berjaga-jaga apabila keluar. Namun apa kan daya.

Apabila hilang deria bau, terus terdetik aku telah dijangkiti Covid-19. Salah satu simptom utama Covid-19. Bagi ku, ia terdapat perbezaan yang aku boleh rasakan. Batuk yang aku alami hanya ringan sahaja. Hidung tersumbat, tapi tidak teratasi walau dengan ubat. Denyutan jantung menjadi sedikit laju dan cepat mengah. Deria bau sekejap hilang, sekejap kembali namun kurang peka seperti waktu sihat.

Berada jauh dari keluarga dan berseorangan di sini, aku tetap harus kuat. Demi keluarga ku, demi diriku. Menguruskan diri sendiri dengan tenang. Mohon ketenangan dan kekuatan dari Allah. Bersama titipan doa dari keluarga dan kenalan. 

Alhamdulillah aku dapat melaluinya dengan sebaik mungkin dan kembali sihat setelah menjalani kuarantin selama 11 hari. Pelbagai pengalaman suka duka yang tak mungkin ku lupakan. Berharap inilah kali pertama dan yang terakhir aku melalui ini semua. Segeralah berakhir Covid-19.



KUARANTIN HARI 11 @ PKRC MAEPS

Ini hari kelapan dan hari terakhir aku berada di PKRC MAEPS.

Gembiranya hati dapat pulang hari ini setelah 8 hari berada di sini. Deria bau masih belum ada. Deria rasa masih kurang peka, kadang-kadang rasa masin dan pedas sahaja. Alhamdulillah telah diishtiharkan sembuh dari Covid-19. 

Terima kasih buat semua frontliner di sini yang sentiasa melayani kami dengan sebaik mungkin. Jasa kalian akan ku kenang sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih juga buat sahabat-sahabat sepenjang perkenalan di sini. Moga ukhwah yang terjalin berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sayang semua. Semoga semua sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dalam lindungan serta rahmat Allah selalu.

Selfie di katil sebelum balik

Sarapan pagi





Alhamdulillah sudah sampai CAC Stadium Malawati untuk pulang ke rumah. Ribuan pesakit Covid-19 beratur pagi ini untuk masuk ke CAC. Moga diberi kesembuhan untuk mereka semua dan dipermudahkan segala urusan frontliner.


KUARANTIN HARI 10 @ PKRC MAEPS

Ini hari ketujuh aku berada di PKRC MAEPS. 

Kak Su, Fika dan Zara pula discharge hari ini.

Namaku cuma dipanggil untuk mengambil ubat sahaja hari ini. Sebelah petang pula namaku dipanggil untuk pemeriksaan tekanan darah dan SPO2. Nurse sekali lagi bagi thumbs up melihat tekanan darahku yang baik.

Kak Nora & adik comel, Elvina menjadi temanku hari ini

Layan "Air Kayangan" sendirian


Alhamdulillah namaku tersenarai untuk discharge pada esok hari.

KUARANTIN HARI 9 @ PKRC MAEPS

Ini hari keenam aku berada di PKRC MAEPS. 

Kak Mus discharge hari ini.

Pagi ini namaku tidak dipanggil untuk pemeriksaan tekanan darah dan SPO2 seperti semalam. Cuma untuk mengambil ubat sahaja.

Sebelah petang namaku dipanggil untuk pemeriksaan tekanan darah dan SPO2. Nurse thumbs up melihat tekanan darahku yang baik.

"Kerepek kayangan" dibeli untuk makan bersama rakan-rakan

Hari ini aku kongsikan beberapa gambar-gambar frontliner yang ada di sini.

Nurse Shima yang peramah



Nurse yang baik dan mula-mula aku temui di sini



KUARANTIN HARI 8 @ PKRC MAEPS

Inilah hari kelima aku berada di PKRC MAEPS. Pagi ini namaku tidak dipanggil untuk pemeriksaan tekanan darah dan SPO2. Cuma untuk mengambil ubat sahaja. Berdebar pagi ini setiap kali mendengar pengumuman untuk x-ray dibuat. Alhamdulillah tiada namaku. Mungkin keputusan ujian darahku baik sahaja. Itulah yang diharapkan.

Sebelah petang namaku dipanggil untuk pemeriksaan tekanan darah dan SPO2.

Mendapat kiriman barang dari Cu hari ini. Terima kasih Cu.

Aku kongsikan antara kemudahan yang ada di sini.

Tempatku sepanjang berada di sini

Acute Bay

Ruang kemasukan dan discharge pesakit

Tempat aku dan rakan-rakan berborak sambil charge phone masing-masing


"Mesin Kayangan"

Klinik - tempat ambil darah dan jumpa Dr

Pemeriksaan tekanan darah dan SPO2

Taman Permainan Kanak-Kanak

Bilik Rawatan

Kaunter untuk jumpa Dr atau pertanyaan

Ruang rekreasi


Wad Airiz & Exora