KUARANTIN HARI 11 @ PKRC MAEPS
Ini hari kelapan dan hari terakhir aku berada di PKRC MAEPS.
Gembiranya hati dapat pulang hari ini setelah 8 hari berada di sini. Deria bau masih belum ada. Deria rasa masih kurang peka, kadang-kadang rasa masin dan pedas sahaja. Alhamdulillah telah diishtiharkan sembuh dari Covid-19.
Terima kasih buat semua frontliner di sini yang sentiasa melayani kami dengan sebaik mungkin. Jasa kalian akan ku kenang sehingga ke akhir hayat.
Terima kasih juga buat sahabat-sahabat sepenjang perkenalan di sini. Moga ukhwah yang terjalin berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Sayang semua. Semoga semua sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dalam lindungan serta rahmat Allah selalu.
Alhamdulillah sudah sampai CAC Stadium Malawati untuk pulang ke rumah. Ribuan pesakit Covid-19 beratur pagi ini untuk masuk ke CAC. Moga diberi kesembuhan untuk mereka semua dan dipermudahkan segala urusan frontliner.
KUARANTIN HARI 10 @ PKRC MAEPS
Ini hari ketujuh aku berada di PKRC MAEPS.
Kak Su, Fika dan Zara pula discharge hari ini.
Namaku cuma dipanggil untuk mengambil ubat sahaja hari ini. Sebelah petang pula namaku dipanggil untuk pemeriksaan tekanan darah dan SPO2. Nurse sekali lagi bagi thumbs up melihat tekanan darahku yang baik.
Kak Nora & adik comel, Elvina menjadi temanku hari ini
Layan "Air Kayangan" sendirian
KUARANTIN HARI 9 @ PKRC MAEPS
Ini hari keenam aku berada di PKRC MAEPS.
Kak Mus discharge hari ini.
Pagi ini namaku tidak dipanggil untuk pemeriksaan tekanan darah dan SPO2 seperti semalam. Cuma untuk mengambil ubat sahaja.
Sebelah petang namaku dipanggil untuk pemeriksaan tekanan darah dan SPO2. Nurse thumbs up melihat tekanan darahku yang baik.
"Kerepek kayangan" dibeli untuk makan bersama rakan-rakan
Hari ini aku kongsikan beberapa gambar-gambar frontliner yang ada di sini.
Nurse Shima yang peramah
Nurse yang baik dan mula-mula aku temui di sini
KUARANTIN HARI 8 @ PKRC MAEPS
Inilah hari kelima aku berada di PKRC MAEPS. Pagi ini namaku tidak dipanggil untuk pemeriksaan tekanan darah dan SPO2. Cuma untuk mengambil ubat sahaja. Berdebar pagi ini setiap kali mendengar pengumuman untuk x-ray dibuat. Alhamdulillah tiada namaku. Mungkin keputusan ujian darahku baik sahaja. Itulah yang diharapkan.
Sebelah petang namaku dipanggil untuk pemeriksaan tekanan darah dan SPO2.
Mendapat kiriman barang dari Cu hari ini. Terima kasih Cu.
Aku kongsikan antara kemudahan yang ada di sini.
Tempatku sepanjang berada di sini
Acute Bay
Ruang kemasukan dan discharge pesakit
Tempat aku dan rakan-rakan berborak sambil charge phone masing-masing
"Mesin Kayangan"
Klinik - tempat ambil darah dan jumpa Dr
Pemeriksaan tekanan darah dan SPO2
Taman Permainan Kanak-Kanak
Bilik Rawatan
Kaunter untuk jumpa Dr atau pertanyaan
Ruang rekreasi
Wad Airiz & Exora
Subscribe to:
Posts (Atom)















































