HILANG DERIA BAU

Aku kurang sihat beberapa hari ni. Sakit tekak, sedikit batuk dan hidung tersumbat.

Telah ke Pusat Kesihatan UPM semalam. Dr. berpesan kepadaku sekiranya, masih belum sembuh, disarankan untuk menjalankan swab test.

Petangnya, aku masih berfikir sama ada untuk pergi swab test pada hari Khamis atau Jumaat disebabkan masih belum sembuh walau sudah 4 hari. Kemudian, aku membuat keputusan untuk pergi pada hari Jumaat.

Selepas maghrib, aku tersedar deria bau aku hilang. Deria rasa masih ada. Serta merta terlintas di fikiranku. Covid-19?? Sebab ini adalah simptom utama untuk Covid-19, selain dari simptom-simptom lain. Adakah aku terjangkiti Covid-19. Cuba untuk fikir kembali bila hari terakhir aku keluar. Hari terakhir aku keluar adalah Jumaat lepas, ke kedai-kedai di sekitar Serdang. 2 minggu sebelumnya aku ke hospital dan klinik. Dari mana aku mendapat jangkitan? Pelbagai andaian menerjah ke fikiranku. Apa yang harus aku lakukan saat ini?

Aku membuat keputusan aku harus membuat ke klinik untuk swab test esok juga. Tidak boleh bertangguh lagi. Cuba menenangkan diri sendiri. Aku memaklumkan kepada keluargaku tentang keadaanku ini.

No comments:

Post a Comment